Saturday, February 7, 2009

Patik bukan penderhaka, Tuanku..Tiada sekelumitpun niat untuk menderhaka kepada Tuanku...




Sewaktu Inggeris menyebarkan fitnah mengatakan bahawa Tok Janggut telah menderhaka kepada Ke bawah Duli Sultan Kelantan suatu waktu dahulu, Tok Janggut dengan beraninya menjawab,

"Patik bukan penderhaka, Tuanku, tiada sekelumitpun di hati patik niat untuk menderhaka kepada Tuanku, apatah lagi melanggar titah perintah Tuanku. Tapi Inggeris sudah melampau, Inggeris telah menabur fitnah, Inggerislah yang menjadi dalang, merekalah yang sepatutnya dihukum. Mereka mereka-reka cerita dan mengatakan patik membunuh. Patik hanya mempertahankan nyawa patik Tuanku. Patik mempertahankan hak dan maruah patik. Salahkah patik apabila melawan Inggeris semata-mata mempertahankan agama Islam dan orang Melayu??Salahkah Patik Tuanku?? Patik tidak rela mereka menghina agama Islam dan menghina bangsa Melayu. Bahkan mereka telah menghina Tuanku sebagai Sultan di negeri ini. Mengapa patik pula yang dianggap penderhaka??

Patik hanya rakyat biasa yang tak sanggup melihat orang putih meludah dan menghina Islam, mereka menghina Tuanku di belakang Tuanku. Tetapi mereka berpura-pura baik dan taat di hadapan Tuanku. Mereka mengadu-domba rakyat sehingga kita semua berada di dalam kacau-bilau. Mereka memfitnah patik dengan menyatakan patik ingkar perintah Tuanku. Mereka memfitnah dengan menyatakan bahawa patik gila kuasa dan mengajak rakyat pasir puteh mengamuk. Tidak Tuanku, rakyat Tuanku tidak akan mengamuk tanpa usul periksa. Rakyat Tuanku taat kepada Tuanku. Mereka keluar kerana benci kepada Inggeris. Berani sanggup mati mempertahankan pasir puteh dan agama Islam. Alangkah tidak munasabahnya fitnah mereka itu. Mereka telah mengaburi mata Tuanku. Mereka menyebar surat siaran di seluruh kota bharu mengatakan patik penderhaka. Sehingga ramai yang menyangka patik ingin mengambil kuasa Tuanku. Siapakah patik untuk bertindak begitu. Patik cukup sedih apabila Tuanku mengisytiharkan patik seorang penderhaka.

Jika Tuanku ingin patik menyerah, patik akan menyerah. Hukumlah patik. Jika itu yang akan memuaskan hati Tuanku. Tetapi jika Inggeris yang meminta patik menyerah..patik tidak akan menyerah...biar hancur badan patik ditembusi peluru bedil Inggeris, patik tidak akan menyerah Tuanku. Patik dan orang-orang pasir puteh akan menentang Inggeris. Kami akan berjuang menyelamatkan bumi pasir puteh dari dijajah oleh Inggeris. Biar patik seorang, patik gempur juga.

Ampun Tuanku, patik hamba yang hina, taat setia hanya kepada Tuanku. Agama Islam patik junjung di atas batu jembala patik. Allah hu Akbar.

catatan : Tok Janggut syahid mempertahankan Pasir Puteh.

Tuesday, February 3, 2009

Ada juga orang yang tak mengenali si munafik ni..Mahmoud Abbas




Tuan-tuan, inilah dia Mahmoud Abbas, pemunafik besar dalam dunia Islam. Mari kita berkenalan sedikit dengan orang ini. Manalah tau..suatu hari nanti kita terserempak dengan dia kat mana-mana, tiba-tiba dia bercakap tentang Islam dan perjuangan rakyat Palestin..kitapun kelabu mata..pergi peluk dia...hehe. Dia ialah Presiden Palestin dari Al-Fatah. Dia amat membenci Hamas seperti mana Israel memusuhi Hamas. Dia pernah membuat kenyataan bahawa perjuangan Hamas menentang Israel ialah perjuangan pengganas dan terorism yang hina. Dia ialah pemimpin pertama palestin yang melakukan kerjasama dan perjanjian keamanan dengan Israel dlm operasi menangkap para pejuang bangsanya sendiri. Dia juga presiden pertama yang berangkulan, berpelukan dan mendakap erat para pembunuh rakyatnya. Tanpa malu dia memuji dan tersenyum kepada para pembunuh itu. Dia berkawan baik dengan Ariel Sharon dan George Bush.
Tahukah tuan-tuan, pemimpin ini tergamak membunuh imam-imam masjid dan penghafal Al-Quran, di negerinya sendiri. Hanya kerana menurut telunjuk Israel. Darah Syeikh Majdi Bargothi, Muhammad Rafati, Nahidl Nimr, Muhammad Raddad (penghafal Al-Quran) adalah dalil paling nyata dari kekejaman mereka. Dia sebenarnya lebih kejam dan jahat daripada Israel, dia tali barut Zionis. Dia pemimpin Palestin pertama yang berani melakukan kekerasan terhadap warga awam Palestin dan bertindak membuka jilbab wanita-wanita dan tudung mereka di jalan-jalan umum dan kampus-kampus universiti.
Mahmoud Abbas, lahir di Safet, 26 Mac 1935, sekarang berumur 73 tahun. Dia dikenali sebagai Abu Mazen. Pernah menjadi presiden untuk Autoriti Kebangsaan Palestin (PNA: Palestinian National Authority) pada 9 Januari 2005 dan memegang kembali jawatan itu sejak 15 Januari 2005. Abbas lahir dan dibesarkan di Safet. Tamat sekolah rendah di kota itu dan berhijrah ke Syria setelah meletusnya perang tahun 1948. Abbas melanjutkan pengajiannya di sekolah menengah dan perguruan tinggi di kota Damaskus. Setelah tamat jurusan undang-undang Universiti Damaskus, dia menubuhkan lembaga Palestin pertama pada tahun 1954 di Syria. Inilah permulaan karier politiknya.
Pada awal tahun 1960-an, dia menjadi pegawai Kementerian Pendidikan di Qatar dan bersahabat dengan Yasser Arafat (1929-2004). Kemudian menjadi anggota Majlis Nasional Palestin pada tahun 1968 dan memimpin majlis perundingan tidak rasmi dengan Israel pada tahun 1977. Sejak tahun 1983, dia menjadi anggota eksekutif Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) serta memimpin komuniti nasional dan antarabangsa. Mahmoud Abbas memulakan kembali perundingan rahsia dengan pegawai Israel pada tahun 1989 dengan menggunakan Belanda sebagai perantara. Tuan-tuan fikirkan, Belanda yang terkenal sebagai negara anti Islam telah menjadi pilihan Mahmoud Abbas sebagai wakil perunding. Walaupun mengalami tekanan daripada rakyatnya sendiri, dia tetap menjalankan aktiviti perundingan di balik pintu dengan Israel ketika Konferensi Madrid tahun 1991. Memang jelas Mahmoud Abbas ialah pemimpin Palestin yang bukan sahaja zalim dan hipokrit tetapi sanggup menggadaikan maruah diri dan bangsanya kepada Israel yang dilaknat Allah.

INILAH DIA ISMAIL HANIYAH, Perdana Menteri Hamas, seorang tokoh berwibawa..



"Bangsa Iran, dengan bimbingan para pemimpin-pemimpinnya, sudah melakukan banyak usaha untuk membantu rakyat Palestin, yang membuat kami bangga dan berterimakasih. Semoga Tuhan memberkati anda dan bangsa Iran, atas segala bantuan dan dukungan yang telah diberikan Iran pada bangsa Palestin," - kenyataan Haniyah kepada Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei

SYEIKH RAED SALEH, ULAMA BESAR PALESTIN MEMBERI PERINGATAN KEPADA UMAT ISLAM SEDUNIA...


Syeikh Raed Saleh mengingatkan umat Islam sedunia bahawa Persidangan Yahudi di Jerusalem beberapa waktu yang lalu adalah bertujuan membuat rencana pemusnahan bangunan Masjid Al Aqsa. Dalam kenyataannya, Syeikh Saleh menggambarkan persidangan Yahudi ini sebagai kegagalan Zionis yang sudah jatuh moralnya kerana kekalahan dalam operasi di Gaza.
"Sekali lagi kita harus ingat bahawa matlamat Israel sebenarnya adalah menghancurkan Masjid Al-Aqsa. "Kami bangsa Palestina mengingkatkan seluruh kaum muslimin di dunia untuk tidak pernah lalai akan rancangan Zionis ini. Dan kita harus bersiap sedia bila-bila masapun jika Yahudi meneruskan rancangan itu. (sa/pi)

Sunday, February 1, 2009

Surat dari Gaza...setakat yang terdaya dirintihkan

"Apabila anak-anak kami lapar, siapa yg dapat membantu kami untuk mencari makanan?"
..berapa hari anda perlukan untuk bermesyuarat bagi menghantar sekeping roti buat anak-anak kami...berdayakah anda membuka laluan ke tempat kami? Beranikah anda mengeluarkan sepatah perkataan bagi membantu kami? Beranikah?
OIC

Palestinian girl killed during the conflict

According to the Gazan Ministry of Health, about 1,300 Palestinians were killed, 900 were civilians, including 410 children, and the remainder were police officers and militants. In the days following the ceasefire, the BBC reported that more than 400,000 Gazans were left without running water. As a result of the bombings, 4,000 Gazan buildings were razed and 20,000 severely damaged. Semoga rintihan ini memberi sedikit motivasi...untuk menderma. Derma diperlukan dan masih ramai lagi yang belum menderma, mendermalah tuan-tuan dengan seikhlas-ikhlasnya, di mana sahaja anda berada..


Januari 2009
Kepada saudara dan saudari seimanku, di sini aku ingin mengambil sedikit waktu untuk mengirimkan pesan kepada kalian dari kami di GAZA. Tolong dengarkan dan perhatikan situasai kami dan beritakan kepada siapa saja yang anda kenal dan yang tidak anda kenali.
Keadaan kami sangat mengerikan tetapi insyaAllah keimanan kami masih kuat, Alhamdulillah, walaupun kami tidak mempunyai air untuk minum, jikapun ada ia sudah tercemar dan kami tidak mempunyai wang untuk membeli air lagi. Jika kami mempunyai wang dan ada orang yang menjualnya, namun keadaan begitu bahaya untuk kami keluar mendapatkan persediaannya. Kami tidak mempunyai bahan bakar sejak empat bulan kebelakangan ini. Kami memasak menggunakan api dari kayu bakar yang telah kami persiapkan sebelumnya.
Saudara-saudara kami kehilangan pekerjaan mereka. Mereka hanya menghabiskan sisa waktu mereka di rumah saja. Suamiku telah menghabiskan banyak waktunya hanya untuk keluar dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari air. Dan sering dia pulang hanya dengan tangan kosong.
Di sini tiada sekolah, tiada bank, dan hampir tidak ada rumah sakit yang dibuka. Dan kami harus terus berhati-hati dengan segala risiko kematian apabila kami pergi atau berada di luar rumah.
Mereka (tentera Israel) hanya memberi kami waktu dari jam 1-4 petang. Kami dapat keluar, kata mereka , dalam keadaan selamat untuk mendapat bekalan persediaan kami, tetapi mereka BOHONG! Mereka hanya mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk menambah daftar para Syuhada ke dalam senarai mereka.Kami hanya makan sekali sehari nasi dan keesokannya roti. Daging dan susu merupakan makanan yang sangat mewah saat ini. Mereka menggunakan senjata kimia di setiap kawasan di perbatasan sehingga bekalan makanan tercemar oleh racun.
Setelah semua ini… kami ingin menyatakan bahawa manusia seluruh dunia telah berdemonstrasi.. MasyaAllah… Pada kenyataannya kalian pergi ke setiap kedutaan besar dan meninggalkan rumah kalian, ini membuatkan kami merasa bahwa kami tidak sendiri dalam perjuangan ini.
Tetapi pada malam hari kalian pulang ke rumah dan mengunci pintu rumah kalian. Kami tidak dapat melakukan itu! Aku telah meninggalkan rumahku dan tinggal bersama saudariku pada malam hari di rumahnya yang terletak di tingkat bawah. Jika terjadi serangan, kami harus cepat-sepat meninggalkan rumah tersebut.
Betul, kami sangat penat! Apabila kami mendengar roket dan bom dan melihat pesawat terbang begitu dekat dengan rumah kami, aku dan anak-anakku yang masih kecil menjerit dan suami ku merasa tidak berdaya.
Dalam semua ini tiada yang dapat membantu tetapi Allah akan tetap menyelamatkan kami. Ummah ini bertanya, di manakah para tentera? di manakah pertolongan? Tolong jangan lupakan kami kerana hanya kalianlah yang kami punya sekarang. Bantuan-bantuan dari kalian tidak sampai kepada kami, dan apabila mereka membuka perbatasan, yang sampai hanya sedikit sekali. Teruslah berkerja untuk ALLAH dan berdoa agar pertolongan Allah akan turun tidak lama lagi..Insya Allah…
Wassalam.
Saudari kalian, Umm Taqi
source: http://quds-aqilah.blogspot.com/

catatan: kesalahan bahasa amat dikesali..tak sempat nak edit