Wednesday, January 7, 2009

BRIGED IZUDDIN aL-QASSAM, sayap tentera HAMAS, tunjang kekuatan menentang israel






Inilah dia tuan-tuan, pengasas kepada briged berani mati HAMAS, BRIGED IZ ADDEEN AL-QASSAM (Izuddin Al-Qassam) sayap ketenteraan paling gigih berjuang menentang Israel di Gaza, sehingga semalam Iz Addin berjaya menghancurkan sepasukan tentera Israel dan dua kereta kebal dengan roket anti tank - B29. Sementara itu BRIGED Al-QUDS, sayap ketenteraan JIHAD ISLAMI lebih cemerlang apabila menumpaskan 7 buah kereta kebal canggih dan berpuluh-puluh tentera Israel. Jurucakap kedua-dua Briged itu menyatakan bahawa tentera Israel yang memasuki Gaza tidak akan dapat pulang dengan senang kerana mereka akan diperangkap dengan banyak jerangkap bom. Israel membunuh orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, tetapi kami dapat membunuh ramai tentera Israel, sedangkan kematian di pihak tentera kami tidak seberapa. Kami yakin sejumlah besar tentera Israel dapat ditumpaskan. Banyak ketumbukan tentera Israel yang berjaya memasuki Gaza dapat kami hancurkan, malangnya tiada satu pun laporan tentang hal ini disiarkan oleh mana-mana agensi berita dunia.

Tuan-tuan, berita begini tidak mungkin disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan yang sumber beritanya dari agensi-agensi berita popular barat seperti Reuter dan Agensi, tetapi kita boleh mendapatkannya dengan mudah di internet. Naluri kita membara dan puas apabila terdapat khabar tentangan hebat dan kejayaan di pihak HAMAS berbanding dengan kepiluan dan rasa sedih yang tidak terhingga apabila menatap gambar-gambar kematian kanak-kanak di dada-dada akhbar..

Tidak ruginya rasanya jika kita meluangkan sedikit masa untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang briged tentera Hamas ini. Apakah rahsia sehingga mereka berjaya melahirkan sebegitu ramai anak muda yang sanggup syahid di jalan Allah. Menurut pimpinan tertinggi Briged Izuddin Al-Qassam, Abu Ubaidah,
“Setiap kami terdidik dengan Al-Qur’an, setiap kami terlibat dalam cham ketenteraan, patrol dan penjagaan medan pertempuran tanpa senjata dan makanan yang cukup. Itu adalah kesempatan paling indah bagi kami karena kami menginginkan mati syahid. Saudara-saudara kami yang tidak terlibat dalam medan peperangan, banyak yang meminta untuk bergabung dalam sayap Al-Qassam. Hampir semua pemuda Palestin dan ghaza berharap mereka menjadi sebahagian dari Al-Qassam dan menjadi duri yang tajam bagi penjajah Israel yang zalim. “
“Para pejuang yang syahid semuanya melekat dalam hati kami terutama Syaikh Ahmad Yasin dan Rantisi. Gugurnya mereka memberi pengaruh yang besar dan kami amat merasai kehilangan mereka di medan pertempuran. Tapi kami yakin perjuangan ini akan menemui kemenangan kami harus terus bertempur. Akan ada generasi baru yang menggantikan generasi sebelumnya. Sebagaimana saat Rasulullah saw wafat, muncul pula banyak tokoh lain yang meneruskan perjuangan. Kami insya Allah akan terus melakukan penggantian ini. ”
Semoga cetusan Abu Ubaidah ini dapat menyuntik sedikit motivasi ke dalam jiwa kita...

1 comment:

vinniemoore said...

Insya allah. Mudah2han palestine Kembali ke tangan Orang Islam. AMIN