Tuesday, February 3, 2009

Ada juga orang yang tak mengenali si munafik ni..Mahmoud Abbas




Tuan-tuan, inilah dia Mahmoud Abbas, pemunafik besar dalam dunia Islam. Mari kita berkenalan sedikit dengan orang ini. Manalah tau..suatu hari nanti kita terserempak dengan dia kat mana-mana, tiba-tiba dia bercakap tentang Islam dan perjuangan rakyat Palestin..kitapun kelabu mata..pergi peluk dia...hehe. Dia ialah Presiden Palestin dari Al-Fatah. Dia amat membenci Hamas seperti mana Israel memusuhi Hamas. Dia pernah membuat kenyataan bahawa perjuangan Hamas menentang Israel ialah perjuangan pengganas dan terorism yang hina. Dia ialah pemimpin pertama palestin yang melakukan kerjasama dan perjanjian keamanan dengan Israel dlm operasi menangkap para pejuang bangsanya sendiri. Dia juga presiden pertama yang berangkulan, berpelukan dan mendakap erat para pembunuh rakyatnya. Tanpa malu dia memuji dan tersenyum kepada para pembunuh itu. Dia berkawan baik dengan Ariel Sharon dan George Bush.
Tahukah tuan-tuan, pemimpin ini tergamak membunuh imam-imam masjid dan penghafal Al-Quran, di negerinya sendiri. Hanya kerana menurut telunjuk Israel. Darah Syeikh Majdi Bargothi, Muhammad Rafati, Nahidl Nimr, Muhammad Raddad (penghafal Al-Quran) adalah dalil paling nyata dari kekejaman mereka. Dia sebenarnya lebih kejam dan jahat daripada Israel, dia tali barut Zionis. Dia pemimpin Palestin pertama yang berani melakukan kekerasan terhadap warga awam Palestin dan bertindak membuka jilbab wanita-wanita dan tudung mereka di jalan-jalan umum dan kampus-kampus universiti.
Mahmoud Abbas, lahir di Safet, 26 Mac 1935, sekarang berumur 73 tahun. Dia dikenali sebagai Abu Mazen. Pernah menjadi presiden untuk Autoriti Kebangsaan Palestin (PNA: Palestinian National Authority) pada 9 Januari 2005 dan memegang kembali jawatan itu sejak 15 Januari 2005. Abbas lahir dan dibesarkan di Safet. Tamat sekolah rendah di kota itu dan berhijrah ke Syria setelah meletusnya perang tahun 1948. Abbas melanjutkan pengajiannya di sekolah menengah dan perguruan tinggi di kota Damaskus. Setelah tamat jurusan undang-undang Universiti Damaskus, dia menubuhkan lembaga Palestin pertama pada tahun 1954 di Syria. Inilah permulaan karier politiknya.
Pada awal tahun 1960-an, dia menjadi pegawai Kementerian Pendidikan di Qatar dan bersahabat dengan Yasser Arafat (1929-2004). Kemudian menjadi anggota Majlis Nasional Palestin pada tahun 1968 dan memimpin majlis perundingan tidak rasmi dengan Israel pada tahun 1977. Sejak tahun 1983, dia menjadi anggota eksekutif Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) serta memimpin komuniti nasional dan antarabangsa. Mahmoud Abbas memulakan kembali perundingan rahsia dengan pegawai Israel pada tahun 1989 dengan menggunakan Belanda sebagai perantara. Tuan-tuan fikirkan, Belanda yang terkenal sebagai negara anti Islam telah menjadi pilihan Mahmoud Abbas sebagai wakil perunding. Walaupun mengalami tekanan daripada rakyatnya sendiri, dia tetap menjalankan aktiviti perundingan di balik pintu dengan Israel ketika Konferensi Madrid tahun 1991. Memang jelas Mahmoud Abbas ialah pemimpin Palestin yang bukan sahaja zalim dan hipokrit tetapi sanggup menggadaikan maruah diri dan bangsanya kepada Israel yang dilaknat Allah.

No comments: