Wednesday, January 21, 2009

Seorang profesor..seorang imam..seorang penglima tentera, RAYYAN, syahid pertama Al-Qassam




Nizar Abdul Kader Mohammad Rayyan, panglima tentera HAMAS dari Briged Izuddin Al-Qassam ialah syahid pertama Al-Qassam dalam pertempuran dengan Israel baru-baru ini. Siapakah beliau? Beliau lebih dikenali sebagai Rayyan. Beliau ialah profesor dalam bidang Islamic Law di Universiti Islam di Gaza. Beliau berusia 49 tahun dan menjadi Imam di masjidil Syuhada. Seorang profesor di universiti, seorang imam di sebuah masjid..akhirnya mengangkat senjata sebagai panglima tentera paling berani dalam Briged Al-Qassam. Beliau menemui syahid apabila dibom oleh pesawat F16 Israel. Allahuakbarrrr!!!

MENGAPA PEMIMPIN ARAB MEMUSUHI HAMAS...sila lihat gambar ini














Tuan-tuan, inilah gelagat pemimpin-pemimpin Arab, sila perhatikan dengan teliti apa yang mereka buat dan apa yang agaknya mereka perkatakan. Sila tuan-tuan kenali mereka, kalau masih belum kenal biar saya perkenalkan, sebelah kiri yang duduk atas kerusi ialah Raja Abdullah (Arab Saudi), berdiri ialah Menteri Luar Arab Saudi Saud Al-Faisal, yang sedang ketawa ialah Raja Abdullah dari Jordan, akhir sekali sahabat baik iblis, Bush. Gambar ini saja sudah jelas menunjukkan mengapa mereka begitu benci kepada Hamas. Terasa cemar blog saya kerana gambar ni...

Wednesday, January 7, 2009

BRIGED IZUDDIN aL-QASSAM, sayap tentera HAMAS, tunjang kekuatan menentang israel






Inilah dia tuan-tuan, pengasas kepada briged berani mati HAMAS, BRIGED IZ ADDEEN AL-QASSAM (Izuddin Al-Qassam) sayap ketenteraan paling gigih berjuang menentang Israel di Gaza, sehingga semalam Iz Addin berjaya menghancurkan sepasukan tentera Israel dan dua kereta kebal dengan roket anti tank - B29. Sementara itu BRIGED Al-QUDS, sayap ketenteraan JIHAD ISLAMI lebih cemerlang apabila menumpaskan 7 buah kereta kebal canggih dan berpuluh-puluh tentera Israel. Jurucakap kedua-dua Briged itu menyatakan bahawa tentera Israel yang memasuki Gaza tidak akan dapat pulang dengan senang kerana mereka akan diperangkap dengan banyak jerangkap bom. Israel membunuh orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, tetapi kami dapat membunuh ramai tentera Israel, sedangkan kematian di pihak tentera kami tidak seberapa. Kami yakin sejumlah besar tentera Israel dapat ditumpaskan. Banyak ketumbukan tentera Israel yang berjaya memasuki Gaza dapat kami hancurkan, malangnya tiada satu pun laporan tentang hal ini disiarkan oleh mana-mana agensi berita dunia.

Tuan-tuan, berita begini tidak mungkin disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan yang sumber beritanya dari agensi-agensi berita popular barat seperti Reuter dan Agensi, tetapi kita boleh mendapatkannya dengan mudah di internet. Naluri kita membara dan puas apabila terdapat khabar tentangan hebat dan kejayaan di pihak HAMAS berbanding dengan kepiluan dan rasa sedih yang tidak terhingga apabila menatap gambar-gambar kematian kanak-kanak di dada-dada akhbar..

Tidak ruginya rasanya jika kita meluangkan sedikit masa untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang briged tentera Hamas ini. Apakah rahsia sehingga mereka berjaya melahirkan sebegitu ramai anak muda yang sanggup syahid di jalan Allah. Menurut pimpinan tertinggi Briged Izuddin Al-Qassam, Abu Ubaidah,
“Setiap kami terdidik dengan Al-Qur’an, setiap kami terlibat dalam cham ketenteraan, patrol dan penjagaan medan pertempuran tanpa senjata dan makanan yang cukup. Itu adalah kesempatan paling indah bagi kami karena kami menginginkan mati syahid. Saudara-saudara kami yang tidak terlibat dalam medan peperangan, banyak yang meminta untuk bergabung dalam sayap Al-Qassam. Hampir semua pemuda Palestin dan ghaza berharap mereka menjadi sebahagian dari Al-Qassam dan menjadi duri yang tajam bagi penjajah Israel yang zalim. “
“Para pejuang yang syahid semuanya melekat dalam hati kami terutama Syaikh Ahmad Yasin dan Rantisi. Gugurnya mereka memberi pengaruh yang besar dan kami amat merasai kehilangan mereka di medan pertempuran. Tapi kami yakin perjuangan ini akan menemui kemenangan kami harus terus bertempur. Akan ada generasi baru yang menggantikan generasi sebelumnya. Sebagaimana saat Rasulullah saw wafat, muncul pula banyak tokoh lain yang meneruskan perjuangan. Kami insya Allah akan terus melakukan penggantian ini. ”
Semoga cetusan Abu Ubaidah ini dapat menyuntik sedikit motivasi ke dalam jiwa kita...

Friday, January 2, 2009

Tuan-tuan..inilah dia Sheikh Sayyed Hassan Nasrallah..orang yang paling ditakuti oleh Israel


Sheikh Syyed Hassan Nasrallah, pemimpin kanan Hizbullah ialah orang yang paling digeruni oleh Israel dan Amerika Syarikat. Begitu banyak perancangan untuk membunuh beliau yang telah diatur dengan begitu rapi oleh Israel dan Amerika, tetapi semuanya gagal. Dua hari yang lalu, beliau telah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Mesir. Beliau berpendapat, "Kedudukan Mesir adalah kunci dari penyerangan Israel ke Jalur Gaza. Dengan membuka perbatasan Rafah, Mesir sudah turut membantu membunuh orang Palestin dan menjadi pencetus kepada kekejaman Israel." Kenyataan Nasrallah secara berani dan berterus terang ini telah membangkitkan kemarahan pemerintah Mesir. Menteri Luar Negeri Mesir, Ahmed Aboul Gheit, mengatakan bahawa Hizbullah sedang mencari-cari masalah dengan Mesir. Nasrallah membalas dengan menyatakan bahawa dia bukan mencari masalah dengan sesiapa, tetapi dia akan menentang sesiapa sahaja, terutamanya negara-negara Islam yang pengecut dan bersekongkol dengan Israel dan Amerika. AllahhuAkbarrr!!!

Aboul Gheit menegaskan rakyat dan tentera Mesir menentang pernyataan Nasrallah tadi. Namun kenyataannya, demonstrasi rakyat Mesir semakin hebat. Rakyat Mesir telah keluar beramai-ramai di jalanan bagi menyokong Nasrallah dan membantah tindakan pemerintah Mesir yang membiarkan Israel memakai Rafah sebagai laluan menuju Jalur Gaza. Rakyat Mesir yang majoritinya Islam sangat kecewa dan malu dengan keputusan pemerintah yang memang mendokong Israel jahanam.

Isu pengeboman Gaza ini telah membangkitkan naluri saya untuk update blog yang telah bersemak-samun terbiar begitu lama...

HIZBULLAH AKAN AJAR ISRAEL..TUNGGULAH..


The sound of Gaza burning should be drowned out by the words of the Israeli writer Larry Derfner. He says: "Israel's war with Gaza has to be the most one-sided on earth... If the point is to end it, or at least begin to end it, the ball is not in Hamas's court – it is in ours."

Wednesday, October 1, 2008

SALAM EIDULFITRI 1429H, SALAM KEAMANAN BUAT UMAT MANUSIA






Pixel Code Graphics



SALAM EIDULFITRI 1429H BUAT KELUARGAKU

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri1429H, ampun dan maafkan segala silap salahku... kepada ibu tercinta, Hajah Munah bte Saamah, Bonda Hajah Hasmah bte Awang..ibu mentua tiada dua di dunia ini, isteri tercinta..Kembang dan anak-anakku, semua kekandaku, Hajah Rafiah, Hajah Ruhana, Noorizan, Normah, Norihan serta dua backup lelaki keluargaku Nasri dan Fouzi, ipar-iparku yang dihormati adinda Jailami, Hamilah, Insijam, Nasirah, Rabihah (ehem...), Nur Aini, Asruf, Uzaini, Auzan dan Abd. Muqit, biras-birasku yang seperti adik beradikku, Abg Lah,Mizi,Amir,Din,Zul, Jamal,Ina dan deretan anak-anak buahku yang sangat dikasihi dan disayangi..YEAAAA!!!!Pak Long dah mari!!..Pak Long dah mari!!! (menitis air mataku mendengar sorakan mereka pada malam raya..agak lewat sikit sampai, dah janji nak main bunga api) Inilah duniaku, dunia keluargaku, aku sanggup berkorban jiwa raga untuk mereka.

Monday, September 22, 2008

Makna IdulFitri Bagi Pejuang Islam Di Afghanistan





Dalam Keberkatan dan Rahmat Allah di bulan Ramadhan 1429H, pejuang-pejuang Mujahiddin Afghanistan berjuang bermati-matian menentang kuffar Amerika. Sampai masa berbuka, makanan mereka cuma apa yang ada di depan mata. Tiada makna kekenyangan, tiada santapan juadah, yang ada cuma bayangan..ahli-ahli keluarga yang mati akibat kekejaman Amerika. Mereka tiada pilihan lain lain selain menyahut seruan Jihad Fisabilillah..