Sewaktu Inggeris menyebarkan fitnah mengatakan bahawa Tok Janggut telah menderhaka kepada Ke bawah Duli Sultan Kelantan suatu waktu dahulu, Tok Janggut dengan beraninya menjawab,
"Patik bukan penderhaka, Tuanku, tiada sekelumitpun di hati patik niat untuk menderhaka kepada Tuanku, apatah lagi melanggar titah perintah Tuanku. Tapi Inggeris sudah melampau, Inggeris telah menabur fitnah, Inggerislah yang menjadi dalang, merekalah yang sepatutnya dihukum. Mereka mereka-reka cerita dan mengatakan patik membunuh. Patik hanya mempertahankan nyawa patik Tuanku. Patik mempertahankan hak dan maruah patik. Salahkah patik apabila melawan Inggeris semata-mata mempertahankan agama Islam dan orang Melayu??Salahkah Patik Tuanku?? Patik tidak rela mereka menghina agama Islam dan menghina bangsa Melayu. Bahkan mereka telah menghina Tuanku sebagai Sultan di negeri ini. Mengapa patik pula yang dianggap penderhaka??
Patik hanya rakyat biasa yang tak sanggup melihat orang putih meludah dan menghina Islam, mereka menghina Tuanku di belakang Tuanku. Tetapi mereka berpura-pura baik dan taat di hadapan Tuanku. Mereka mengadu-domba rakyat sehingga kita semua berada di dalam kacau-bilau. Mereka memfitnah patik dengan menyatakan patik ingkar perintah Tuanku. Mereka memfitnah dengan menyatakan bahawa patik gila kuasa dan mengajak rakyat pasir puteh mengamuk. Tidak Tuanku, rakyat Tuanku tidak akan mengamuk tanpa usul periksa. Rakyat Tuanku taat kepada Tuanku. Mereka keluar kerana benci kepada Inggeris. Berani sanggup mati mempertahankan pasir puteh dan agama Islam. Alangkah tidak munasabahnya fitnah mereka itu. Mereka telah mengaburi mata Tuanku. Mereka menyebar surat siaran di seluruh kota bharu mengatakan patik penderhaka. Sehingga ramai yang menyangka patik ingin mengambil kuasa Tuanku. Siapakah patik untuk bertindak begitu. Patik cukup sedih apabila Tuanku mengisytiharkan patik seorang penderhaka.
Jika Tuanku ingin patik menyerah, patik akan menyerah. Hukumlah patik. Jika itu yang akan memuaskan hati Tuanku. Tetapi jika Inggeris yang meminta patik menyerah..patik tidak akan menyerah...biar hancur badan patik ditembusi peluru bedil Inggeris, patik tidak akan menyerah Tuanku. Patik dan orang-orang pasir puteh akan menentang Inggeris. Kami akan berjuang menyelamatkan bumi pasir puteh dari dijajah oleh Inggeris. Biar patik seorang, patik gempur juga.
Ampun Tuanku, patik hamba yang hina, taat setia hanya kepada Tuanku. Agama Islam patik junjung di atas batu jembala patik. Allah hu Akbar.
catatan : Tok Janggut syahid mempertahankan Pasir Puteh.