Friday, January 30, 2009

5 PINTU MASUK KE GAZA, 4 DIKUASAI ISRAEL, 1 DIKUASAI MESIR, MALANGNYA..TIADA SATUPUN YANG DIBUKA...tenguklah Mesir, hipokrit Arab terbesar!


29 Januari 2009

LOKASI : Perbatasan El-Auja, perbatasan Mesir-Israel, pintu masuk ke Gaza. Tempat ini dikuasai Mesir.

Misi Kemanusiaan GAZA, seorang pemandu trak yang sarat dengan pakaian dan kain selimut, nama: Syed Sorour telah tiga hari tersekat di El-Auja. Tidak boleh ke depan dan apatah lagi nak undur ke belakang. Keadaan cuaca sangat panas, manakala malam pula sejuk yang keterlaluan. Sebelum tiba di El-Auja, dia terdampar di kota El-Arish, Mesir selama berjam-jam. Dia ialah di antara berpuluh-puluh pemandu lori dan trak bagi misi kemanusiaan Gaza. Seluruh dunia memberi bantuan dan melancarkan pelbagai jenis misi kemanusiaan untuk dihantar ke Gaza. Tetapi ramai yang tidak mengetahui tentang sukarnya misi bantuan tersebut boleh sampai ke destinasinya. Mesir, negara Arab yang mengusahakan gencatan senjata, nampaknya tidak dapat menyembunyikan belang hipokritnya terhadap Gaza. Kita sangat hairan, jika perbatasan El-Auja salah satu pintu masuk ke Gaza melalui sempadan Israel yang dikuasai Mesirpun terlalu sukar dan terpaksa menunggu berhari-hari untuk memasuki Gaza, tuan-tuan fikirlah bagaimana sukarnya pintu-pintu laluan lain yang dikuasai Israel.


Di kota El-Arish, Mesir, sejumlah besar bantuan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan tersadai, menunggu masa untuk bergerak ke El-Auja. Lori-lori yang membawa bantuan tersebut terpaksa berbaris panjang dalam keadaan cuaca yang panas terik. Selain El-Auja, empat lagi pintu laluan utama ke Gaza yang dikuasai Israel hanya mengizinkan sebahagian kecil sahaja bantuan masuk. Hal ini tidak menghairankan kita, tetapi apabila bantuan kemanusiaan tersekat di El-Arish dan El-Auja, ini sangat-sangat menyedihkan. Menurut Syed Sorour, beliau terpaksa membuang kebanyakan makanan mentah yang tidak tahan lama kerana telah rosak dan busuk. "Tidak ada seorangpun yang dapat memberi alasan kepada kami mengapa kami dihentikan di sini. Tidak Israel dan tidak juga Mesir. Kami tidak dapat bertahan lama dalam keadaan cuaca begini."


Menurut seorang lagi pemandu, Hany Moustofa, beliau telah menunggu selama lima hari di situ. Keadaan bertambah sesak dan pihak berkuasa Mesir masih lagi tidak mahu membuka pintu masuk ke Gaza. Seorang lagi pemandu, Abdullah tidak seperti Sorour dan Hany, dia membawa trak yang sarat dengan makanan yang harus segera dimakan. Dia kelihatan muram di luar stesen El-Arish.


Sehingga 30 Januari 2009, Mesir masih lagi tidak memberi jawapan mengapa bantuan kemanusiaan antarabangsa yang tersekat di El-Auja dibiarkan begitu saja. Begitulah tuan-tuan sikap Mesir apabila menangani isu umat Islam terutama penduduk-penduduk Palestin di Gaza. Sikap dan perangai Mesir ini bukanlah susah sangat hendak ditafsir. Kita sejak dari dulu lagi sudah maklum dan faham sangat dengan Mesir. Mesir ialah satu-satunya negara Arab yang sangat jelas bersekongkol dengan Israel dalam isu Gaza. Tiada alasan kukuh dan munasabah mengapa Mesir sangat benci Hamas. Hanya kerana Hamas mempunyai hubungan baik dengan Hezbullah atau Iran? Kalau tidak mereka siapa lagi yang akan membantu Hamas?..Mesir? negara-negara Arab?..Mesir dan negara-negara Arab yang bersekutu dengannya hanya bertepuk tangan bersorak sorai apabila umat Islam Gaza dibunuh beramai-ramai. Mereka yang membuka laluan Rafah bagi Israel memasuki Gaza. Kepada Syeikh Syed Hassan Nasrallah, Mesir saling tak tumpah seperti boneka Israel yang boleh duduk-duduk minum bersama-sama dengan Bush ketika umat Islam mati berkecai terkena peluru berpandu Israel. Itulah sebabnya mengapa sejak dari dahulu lagi pemimpin-pemimpin nasionalis Mesir sanggup menangkap, memenjara dan membunuh pejuang-pejuang Islam, terutama dari Jamaah Ikhwan Muslimin. Mereka ialah tali barut Israel dan Amerika yang bertopengkan Islam.



No comments: